Puteri Umno Sabah wujudkan Kelab 'Sahabat Puteri'

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Puteri Umno Sabah akan mewujudkan kelab "Sahabat Puteri" yang bertujuan menarik lebih ramai golongan muda menyokong kerajaan sedia ada.

Ketuanya Musliati Moslimin berkata kelab Sahabat Puteri itu terbuka kepada golongan wanita muda dan lelaki tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan peringkat umur.

"Kami ingin menggalakkan mereka supaya samasama berkongsi pemikiran bagaimana untuk membangunkan negeri menerusi penyertaan pelbagai lapisan masyarakat termasuk belia," katanya pada majlis ramah mesra Puteri Umno Sabah bersama media sempena Hari Raya Aidilfitri di sini, hari ini.

Beliau berkata mereka yang berminat boleh mendaftar terus dengan melayari laman web www.puteriumnosabah.net.

Sementara itu Musliati berkata Puteri Umno Sabah akan melancarkan secara besarbesaran program untuk penambahan anggota tahun depan, dan menurutnya Puteri Umno Sabah kini mempunyai 33,000 anggota.

"Sasaran kami ialah golongan muda yang berumur lebih 18 tahun dan kami juga akan membantu mereka mendaftar sebagai pemilih, sekaligus membantu usaha mengukuh kekuatan parti dalam menghadapi pilihan raya umum pada akan datang," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan