Pesta Tanglung 1Malaysia akan dijadikan acara tahunan

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pesta Tanglung 1Malaysia Kuala Lumpur akan dijadikan acara tahunan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Najib turut mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan RM250,000 kepada Kementerian Pelancongan untuk membantu badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam menganjurkan pesta tersebut.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Pesta Tanglung 1Malaysia Kuala Lumpur 2009 di Pasar Seni di sini pada malam Sabtu.

"Saya berharap acara ini akan dilihat sebagai satu lagi jambatan yang boleh membina kebahagiaan ke arah memperkukuhkan konsep 1Malaysia," katanya dalam ucapan perasmian Pesta Tanglung 1Malaysia.

Jelasnya, beliau mahu melihat lebih banyak produk pelancongan di Malaysia yang lain akan turut dikenali selepas ini.

"Kita menawarkan budaya,adat, kecantikan semula jadi dan hospitaliti kita yang mesra di mana Malaysia terkenal kerananya.

"Acara hari ini merupakan permulaan siri baru acara pelancongan," katanya.

Najib berkata, festival itu juga boleh dijadikan sebagai warisan kepada negara serta menjadi kekuatan dan aset utama untuk melonjakkan negata ke peringkat yang lebih tinggi di masa hadapan.

"Festival ini dilihat sebagai satu lagi produk pelancongan keran ia pasti menarik lebih ramai pelancong," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyertai perarakan tanglung bermula dari Jalan Hang Kasturi, Jalan Sultan, Jalan Tun Tan Cheng Lok, Jalan Hang Lekir dan Jalan Petaling.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M. Saravanan.

Sambutan Pesta Tanglung tersebut berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 20,000 pengunjung yang datang daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Perdana Menteri turut memotong kuih bulan berbentuk 1Malaysia seberat 80 kilogram selepas upacara perasmian berlangsung.

Majlis itu dianjurkan Kementerian Pelancongan melalui Majlis Tindakan Pelancongan Kuala Lumpur bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama 100 badan bukan kerajaan.

Kemeriahan pesta tanglung yang diadakan buat pertama kali itu itu diserikan dengan tanglung gergasi setinggi 3.05 meter berbentuk logo 1Malaysia yang dinyalakan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dengan tarian serta pukulan gendang pelbagai kaum.

Ng ketika berucap pada majlis itu berkata sambutan pesta tanglung itu merupakan tanda komitmen semangat perpaduan gagasan 1Malaysia yang ditunjukkan Perdana Menteri terhadap kaum Tionghua.

Beliau berkata pesta seperti itu mampu menarik lebih ramai pelancong asing ke Malaysia.

Lima jalan di ibu negara, Jalan Hang Lekir, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Sultan, Jalan Hang Kasturi dan Jalan Petaling turut ditutup bagi membolehkan perarakan pesta tanglung berjalan lancar.

Tanglung dan kuih bulan merupakan perayaan tradisi bagi meraikan festival tahunan kuih bulan yang disambut pada 3 Oktober ini.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan