Penguatkuasaan elektronik mampu 'takutkan' pemandu, kata Pakar

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan dan pemantauan yang efisyen menerusi kaedah elektronik secara 24 jam sehari sepanjang 365 hari setahun di kawasankawasan strategik mampu mengubah sikap pemandu supaya lebih berhemah dan berhatihati ketika di jalan raya.

Pakar rujuk Kementerian Pengangkutan mengenai keselamatan jalan raya Prof Dr Khairi Mohd Dimyati berkata kaedah pemantauan elektronik yang ketat akan membuatkan pemandu lebih berjagajaga dan takut untuk melakukan kesalahan apabila merasakan setiap pergerakan mereka diawasi pihak berkuasa.

"Tujuan utama kaedah elektronik ini bukan untuk menangkap pemandu yang buat salah tetapi untuk memberitahu pemandu mengenai kehadiran pihak penguatkuasa atau melahirkan konsep yang dipanggil "tanggapan akan ditangkap" (POBC) di kalangan pemandu.

"POBC bermaksud bila kita memandu kereta kita akan rasa seseorang atau sesuatu memerhatikan kita supaya memandu secara berhatihati dan tidak melanggar peraturan jalan raya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kaedah pemantauan elektronik itu sudah terbukti berkesan dan diguna pakai oleh hampir 90 negara di seluruh dunia terutamanya di negaranegara maju.

"Kaedah ini diharap dapat mengurangkan kemalangan jalan raya sebanyak 80 hingga 90 peratus di negara ini kerana pemandu akan lebih berhemah dan seterusnya mengurangkan kemalangan jalan raya," katanya.

Khairi berkata pelaksanaan sistem itu juga dijangka dapat merealisasikan pelan jangka panjang kerajaan mencapai sasaran dua kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar menjelang tahun 2010.

Ketua Polis Trafik Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Yusof pula mengakui kaedah itu mampu membantu mengurangkan kadar kemalangan tetapi sikap dan mentaliti sesetengah pemandu yang gemar melanggar undangundang jalan raya itu sendiri perlu diubah.

"Kaedah elektronik ini sebenarnya hanya menggantikan manusia, masalahnya tempat yang ada kawalan tentu pemandu ini akan patuh tetapi bagaimana pula tempat yang tiada kawalan.

"Segala peraturan dan undang-undang untuk mengelak kemalangan di negara ini saya rasakan sudah mencukupi, pokok pangkalnya sikap pemandu itu perlu berubah dan memandu mengikut peraturan lalu lintas.

"Kalau kita naikkan kadar denda (bagi kesalahan memandu laju) melebihi RM300 nanti ramai pula yang tak bayar denda, jadi yang penting ialah pemandu perlu patuh kepada undangundang," katanya.

Bekas Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata pelaksanaan sistem itu penting jika ia bertujuan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan bukannya sematamata untuk meraih keuntungan melalui saman yang dikeluarkan.

"Benda ini menjadi salah jika digunakan untuk meraih keuntungan, jika kita lihat di United Kingdom misalnya pengguna jalan raya mengalami masalah dan merasa tiada privasi berikutan terlalu banyak kamera diletakkan sebagai pengawasan," katanya.

Beliau berkata pelaksanaan itu juga seharusnya berlandaskan konsep 4W 1H iaitu apa, di mana, bila, siapa dan bagaimana untuk dikuatkuasakan.

"Semua benda harus dititik beratkan bukan hanya melaksanakan sistem itu di manamana sahaja, contohnya seperti lokasi yang tepat iaitu di kawasan yang padat dengan aktiviti orang ramai, di sekolah dan pasar supaya pemandu tak memandu laju," katanya.

Radin Umar berkata denda sebanyak RM300 atas kesalahan memandu melebihi had laju pula sudah memadai jika ia dijalankan secara konsisten.

"Kita tak boleh bandingkan dengan negaranegara lain yang saman memandu laju mereka lebih tinggi kerana taraf hidup mereka berbeza namun kita haruslah konsisten dan hapuskan sistem rayuan atau diskaun.

"Saman ini sama seperti bila kita mahu menghukum anak, kalau kita berlembut maka ia tidak akan memberi pengajaran kepada mereka," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) Tan Sri Lee Lam Thye pula meminta kerajaan merancang kempen keselamatan jalan raya yang lebih inovatif terutamanya pada musim perayaan di samping mewujudkan satu budaya keselamatan jalan raya.

Beliau berkata keberkesanan Ops Sikap juga harus dikaji semula untuk mengenal pasti sama ada kempen itu benarbenar mampu mengubah sikap pengguna jalan raya.

Lee turut mencadangkan penganjuran kursus pemanduan cekap, selamat dan berhatihati oleh setiap majikan bagi memastikan keselamatan pekerja mereka.

"Sehingga akhir tahun lepas daripada 50,000 kes kemalangan di tempat kerja, 25 peratus daripadanya melibatkan kemalangan penunggang motosikal yang berulang-alik ke tempat kerja," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan