Kajian lanjut sebelum pelalian HPV percuma diperluaskan kepada wanita dewasa

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAPAR: Kajian lanjut diperlukan sebelum kerajaan mempertimbangkan pemberian vaksin untuk mencegah kanser pangkal rahim iaitu suntikan pelalian Human Papillomavirus (HPV) secara percuma, diperluaskan kepada golongan wanita dewasa.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata keutamaan diberikan kepada remaja sekolah kerana keberkesanan vaksin tersebut lebih tinggi jika diberikan dalam peringkat umur yang awal.

"Banyak aspek yang kita kena kaji. Tapi setakat ini, mengikut keperluan dan kemampuan Kementerian Kesihatan dan pihak kerajaan sendiri, kita akan beri kepada golongan remaja yang memang merupakan golongan yang paling memerlukan, supaya risiko mereka minimal pada masa akan datang," katanya.

Rosnah berkata sedemikian kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di sini hari ini ketika ditanya jika kerajaan akan mempertimbangkan untuk pemberian pelalian HPV secara percuma kepada wanita dewasa.

Semalam Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan mulai tahun depan, seramai 300,000 remaja perempuan berusia 13 tahun di seluruh negara akan diberi suntikan pelalian HPV bagi mencegah penularan kanser pangkal rahim yang melibatkan kos RM150 juta setahun.

Mengenai usaha kementerian untuk menangani kekurangan para doktor atau pakar di negara ini, Rosnah berkata selain usaha menarik doktor dan pakar untuk pulang berkhidmat di negara ini dan penambahan kuota kursus di peringkat universiti, kerajaan juga memperkenalkan skim gaji yang lebih menarik kepada golongan doktor, jururawat dan pembantu perubatan.

"Skim gaji lebih menarik diperkenalkan supaya kita dapat kekalkan staf sendiri dan mereka tidak keluar berkhidmat dengan pihak swasta, pada masa sama kita dapat tarik minat anggota perkhidmatan swasta untuk bekerja di bawah Kementerian.

"Kita dah buat banyak cara atau alternatif untuk tarik doktor kita kembali ke negara...kita buat promosi di laman web kementerian...terdapat juga individu yang tampil memaklumkan doktor atau pakar yang berminat bekerja dengan kerajaan," katanya.

Rosnah menambah Sabah antara negeri yang mengalami kekurangan pakar atau doktor yang kritikal di mana jawatan yang diisi di bawah kementerian hanya 30 peratus berbanding peringkat nasional iaitu 53 peratus. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan