Isu Selcat: MB pengerusikan mesyuarat khas Isnin

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tan Sri Khalid Ibrahim akan mempengerusikan mesyuarat khas Isnin ini bagi menangani isu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) - dilihat sebagai satu lagi krisis keyakinan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat - yang berlarutan lebih seminggu lalu.

"Saya akan mempengerusikan satu mesyuarat Isnin ini melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan bagi membolehkan setiap pihak menimbulkan keprihatinan dan penjelasan masing-masing berhubung perkara ini," kata Menteri Besar dalam kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan petang semalam.

Khalid memberitahu, beliau percaya bahawa isu berkenaan timbul ekoran kesilapan komunikasi antara anggota Selcat, Exco dan pegawai-pegawai daerah yang disoal siasat oleh jawatankuasa itu.

"Isu ini boleh diselesaikan secara baik," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan dua hari selepas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali yang berpendirian mempertikaikan perjalanan Selcat, mahu satu pertemuan tiga penjuru - membabitkan Menteri Besar, Exco dan anggota Selcat diadakan bagi menyelesaikan isu menyelubungi badan itu.

"Dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar segera diadakan pertemuan antara Menteri Besar dan ahli-ahli Exco dengan Selcat bagi membincangkan segala pandangan, hujah dan dakwaan terhadap para pegawai kanan kerajaan negeri yang telah dipanggil Selcat.

"Selepas itu perlu disusuli dengan rundingan tiga penjuru antara Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan ahli-ahli Exco serta Selcat dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terbabit demi menjernihkan suasana," kata beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Selasa lalu.

Selcat ditubuhkan oleh DUN Selangor selepas pilihan raya umum Mac 2008 untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Selcat berhadapan dengan kritikan ekoran pendirian pegawai-pegawai daerah yang dipanggil memberi keterangan mendakwa dilayan seperti penjenayah dan perlu menjawab soalan mengikut kehendak jawatankuasa tersebut.

Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi, selain menjejaskan imej serta kredibiliti dirinya sebagai penjawat awam sejak 30 tahun lalu.

Anggotanya terdiri daripada Haniza Mohd. Talha (PKR-Taman Medan), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Shaari Sungib (PAS-Hulu Klang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua) manakala Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim adalah pengerusinya.

Hasan turut mempertahankan kritikan dilemparkan pegawai-pegawai daerah sambil mengesyorkan agar format dan prosedur Selcat dikaji semula.

Hasan menambah, beliau sangat bersimpati dengan pegawai-pegawai berkenaan.

Oleh itu beliau turut berhadapan dengan kecaman pemimpin Pakatan Rakyat termasuk dari PAS sendiri.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan