Hapuskan pendaftaran persatuan berasaskan kasta - Murugiah

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah mencadangkan agar sebarang pendaftaran persatuan atau pertubuhan berasaskan kasta dihapuskan bagi mengelakkan perpecahan di kalangan masyarakat India di negara ini.

Beliau berkata pada masa depan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memperketatkan penapisan terhadap permohonan penubuhan persatuan berasaskan kasta kerana jika tidak dipantau, ia boleh mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat India akibat perbezaan kasta.

"Perbezaan kasta (tinggi atau rendah) dikhuatiri akan menimbulkan masalah sosial seperti sifat rendah diri dalam pergaulan seharian, jika kita hendak bercakap tentang perpaduan di antara kaum, maka sistem kasta ini harus ditangani dahulu, barulah perpaduan dapat diperkukuhkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Seminar Perpaduan Di Kalangan Masyarakat Tamil 2009 kali Keenam' di sini hari ini.

Seminar tiga hari bermula semalam itu bertujuan membincang serta mencari idea baru bagi memantapkan hubungan masyarakat Tamil di seluruh negara termasuk Singapura, Sri Lanka, Thailand, Afrika Selatan dan Malaysia.

Murugiah berkata beliau akan menulis surat serta bertemu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mencadangkan kepada kerajaan supaya sebarang pendaftaran berkaitan dengan kasta dihapuskan.

"Kita datang daripada seorang bapa dan ibu, mana ada kasta rendah dan tinggi, warna kulit kita mungkin berbeza, bahasa berbeza tetapi kita sama sahaja, warna darah tetap sama," katanya, sambil menegaskan tentang kepentingan integrasi nasional.

Murugiah berkata setakat ini dianggarkan lebih 20 persatuan berasaskan kasta telah didaftarkan di negara ini.

Sementara itu, Murugiah mengulangi pendiriannya untuk tidak menyertai manamana parti pembangkang setelah dipecat daripada Parti Progresif Penduduk (PPP).

Katanya, walaupun terdapat beberapa tawaran untuk berbuat demikian, beliau dan para penyokongnya yang mencecah hampir 157,000 orang langsung tidak berminat untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN).

"Saya masih lagi mencari platform yang sesuai bagi meneruskan karier politik, namun saya tidak akan menyertai atau menubuhkan parti baru yang dilihat hanya akan memecah-belahkan kaum India di negara ini," katanya.

Ditanya mengenai penubuhan parti baru kaum India termasuk Makkal Sakhti, beliau berkata:"Saya melihat penubuhan parti serpihan itu akan memberi alternatif kepada masyarakat India tetapi dalam masa yang sama dikhuatiri memecahkan sokongan kaum India". BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan