Alex Yoong bakal jadi pemandu F1 1Malaysia ?

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Pasukan F1 1Malaysia untuk musim 2010 berkemungkinan besar diketuai pemandu yang luas pengalaman.

Kini pencarian untuk seorang pemandu yang hebat masih berjalan.

Mungkin untuk tujuan itu Pasukan Lotus F1 Team yang diketuai oleh ketua pasukan Datuk Seri Tony Fernandes kini menghadiri Grand Prix FI Singapura untuk mencari pemandu berkenaan.

Pemandu seperti Kimi Raikonen dari pasukan Ferrari dan bekas juara dunia Fernando Alonso dari pasukan Renault, pemenang GP Singapura tahun lepas adalah antara nama yag disebutsebut.

Bercakap di luar GP Singapura di Sirkit Marina di sini hari ini, Fernandes berkata pasukannya tidak mahu jauh ketinggalan.

"Kami mahu membuktikan yang kami boleh bersaing dengan pendatang baru yang lain dalam F1 sejak mula dan pada pertengahan musim, kami berharap berada pada pertengahan kelompok.

"Tetapi selepas tiga hingga lima tahun, kami berharap akan menjadi antara yang terbaik," katanya.

Fernandes berkata pihaknya mahu pemandu Malaysia yang memandu pasukannya tetapi selagi pemandu tempatan belum bersedia, peluang itu tidak akan diberikan kepadanya contohnya seperti Alex Yoong yang tidak begitu membuat impak.

Juga terdapat cakap-cakap bahawa Fairuz Fauzy, pemandu GP 2 dan Jazeman Jaafar, juara Formula BMW Asia sedang dipertimbangkan sebagai pemandu kedua. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan