PM mahu aset ATM mampu perkukuh kawalan keselamatan

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Keperluan dan kekukuhan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu ditingkatkan bagi memastikan kawalan keselamatan keseluruhan negara berada pada tahap yang optimum, kata Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Beliau berkata, amanat itu disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu beliau mengadakan kunjungan hormatnya di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Azizan berkata, Perdana Menteri juga melahirkan harapan untuk melihat barisan pertahanan negara dibentengi oleh angkatan tentera yang komited dan memiliki aset yang berkeupayaan untuk menangkis sebarang ancaman dari luar.

"Beliau juga mahu supaya anggotaanggota tentera bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membanteras dan membasmi sebarang ancaman yang datang dari dalam negara," katanya kepada pemberita selepas kunjungan hormat itu.

Mengulas lanjut Azizan berkata pertemuan itu antara lain membincangkan mengenai pengurusan aset dan pembangunan infrastruktur ATM serta pelaksanaan beberapa perancangan keupayaan aset yang dimiliki.

"Saya telah sampaikan kepada Perdana Menteri berhubung beberapa panduan kita untuk membangunkan keupayaan ATM, asetaset perangnya berpandukan kepada dokumen 4DMAF (4DMAF ialah Agenda Utama Adalah Untuk Merealisasikan Transformasi ATM). Kita hanya akan menggunakan dokumen ini sebagai landasan kepada pembangunan keupayaan ATM," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai laporan sebuah blog yang mendakwa batalion Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (UNIFIL) Malaysia di Lubnan memerlukan kereta perisai baru pada kadar segera, Azizan berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai perkara itu.

"Saya harus meneliti laporan itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan," katanya.

Laporan laman blog itu menyebut bahawa pasukan Malaysia yang bernaung di bawah panjipanji UNIFIL di Lubnan memerlukan kereta perisai baru bagi menggantikan kereta perisai sedia ada.

Penulis blog itu mendakwa, kereta perisai pasukan Malaysia jenis Condor itu kini dalam keadaan yang amat uzur dan ATM difahamkan akan menggantikan kenderaan tersebut beberapa bulan lagi. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan