Pertabalan Tuanku Muhriz pada Oktober ini penuh adat istiadat

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA PILAH: Pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir bulan depan, akan dijalankan dengan penuh adat istiadat di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti dekat sini.

Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz berkata istiadat itu akan berlangsung dari 22 Okt sehingga 28 Okt ini.

"Istiadat pertabalan pada 26 Okt ini merupakan istiadat kemuncak sejak istiadat permasyhuran Tuanku Muhriz sebagai Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 29 Dis 2008 berikutan kemangkatan Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan ke10 Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 27 Dis 2008," katanya.

Beliau memberitahu sidang akhbar di sini hari ini, istiadat pertabalan dimulakan dengan istiadat mengeluarkan dan memasang alatalat kebesaran di halaman Istana Besar Seri Menanti pada 22 Okt oleh Pegawai 99 yang diketuai oleh Datuk Seri Amar Diraja.

Alat-alat kebesaran ini terdiri daripada lapan kaki payung kuning, lapan bilah tombak berambu, lapan bilah keris panjang, lapan bilah pedang panjang dan lapan tonggol (panji-panji) kuning, hitam dan merah.

Katanya alat-alat kebesaran ini akan kekal terpasang di halaman Istana Besar Seri Menanti selama tujuh hari sehingga istiadat menyimpan alat-alat kebesaran dilakukan pada 28 Okt.

Beliau berkata ini diikuti istiadat bersiram yang akan diadakan pada 25 Okt di mana Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan akan bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak dari Istana Besar Seri Menanti ke Panca Persada.

"Orang Empat istana akan menyempurnakan istiadat bersiram dengan menyembahkan bedak limau setelah mengelilingi baginda berdua sebanyak tujuh kali. Baginda berdua akan bersemayam semula di atas Takhta Rencana dan akan diarak kembali ke Istana Besar Seri Menanti," katanya.

Tunku Ali Redhauddin berkata istiadat pertabalan akan dilangsungkan pada 26 Okt di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti. Istiadat pertabalan Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 merupakan salah satu daripada tiga istiadat bersejarah di Negeri Sembilan pada tahun ini.

"Istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud telah diadakan terlebih dahulu pada 14 April lepas dan istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Besar Seri Menanti (Tunku Ali Redhauddin) iaitu Putera Empat telah diadakan pada 22 Feb lepas," katanya.

Sementara itu, Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani meluangkan masa kirakira setengah jam beramah mesra dengan para wartawan, jurufoto dan jurukamera tv pada jamuan teh sempena Aidilfitri sebelum baginda berdua berangkat meninggalkan majlis. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan