Ops Sikap: 15 terkorban pada hari ke-11

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 kematian dicatat pada hari ke-11 Ops Sikap ke20 semalam, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula 13 September lepas kepada 192 orang.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli berkata daripada 15 kematian itu, 10 terdiri daripada pengguna motosikal, tiga pengguna kereta, seorang pengguna van dan seorang pejalan kaki.

Jalan bandaran mencatatkan kemalangan paling tinggi dengan 408 kes, diikuti jalan persekutuan (378 kes), jalan negeri (219 kes), lebuh raya (97 kes) dan jalanjalan lain (69 kes) yang menjadikan jumlah kemalangan sebanyak 1,171 kes, katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata dalam operasi kelmarin, sebanyak 10,373 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan trafik.

Ops Sikap ke-20 akan diteruskan sehingga Ahad ini, bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan