Keadaan trafik di Lebuhraya Utara-Selatan terkawal hari ini

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan trafik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan terkawal hari ini walaupun jutaan warga kota mula kembali ke ibu kota selepas cuti panjang sempena perayaan Aidilfitri Ahad lepas.

Jurucakap Plus Expressways Sdn Bhd (PLUs) berkata berlaku sedikit kesesakan dan kenderaan bergerak secara perlahan di Plaza Tol Juru arah ke Selatan pada sebelah petang.

"Bagaimanapun ia kembali seperti sediakala sehingga pada pukul 8 malam ini," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Beliau berkata walaupun terdapat banyak kenderaan menggunakan Lebuhraya UtaraSelatan hari ini, pergerakan trafik adalah lancar.

"Keadaan lalulintas di semua lebuh raya Plus setakat ini masih lagi terkawal," katanya.

Beliau berkata pengguna yang ingin mengetahui maklumat trafik semasa bagi membantu mereka sebelum memulakan perjalanan boleh menghubungi Plusline di talian 1800880000 yang beroperasi 24 jam. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan