Jenazah Noordin Mat Top dibawa ke Malaysia 1 Oktober

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Jenazah Noordin Mohd Top, penjenayah paling dikehendaki yang ditembak mati oleh polis Indonesia dalam serbuan di Solo, Jawa Tengah pada 17 September akan dibawa ke Malaysia pada 1 Oktober.

Ketua Polis Indonesia Jen Bambang Hendarso Danuri berkata jenazah Noordin akan dituntut pada Khamis depan dan polis Indonesia sudah pun menerima wakil daripada Polis Diraja Malaysia berkaitan urusan mengambil jenazah itu.

"Khamis nanti baru diambil (jenazah itu)," katanya seperti dipetik media massa online tempatan di sini, hari ini.

Beliau berkata jenazah pengganas yang diburu oleh polis Indonesia selama sembilan tahun itu, yang kini ditempatkan di Hospital Polis Kramat Jati di sini tidak diberikan sebarang kawalan keselamatan yang luar biasa dan ketika dibawa keluar juga nanti tidak akan dikawal secara khusus.

Semalam tiga anggota polis Malaysia dilaporkan telah pergi ke Hospital Polri dengan diiringi para pegawai polis Indonesia, namun mereka tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media massa. Bernama difahamkan tiada anggota keluarga Noordin dari Johor yang akan datang ke sini untuk menuntut mayat lelaki itu walaupun media massa tempatan melaporkan bahawa isteri dan abang Noordin akan ke sini pada 27 September.

Noordin dan tiga rakan pengganasnya rakyat tempatan mati dalam serbuan polis itu yang melibatkan berbalas tembakan di sebuah rumah di mana polis kemudiannya menjumpai 200 kilogram bahan letupan, beberapa senjata lain, komputer riba dan dokumen.

Pengebumian seorang daripada pengganas tempatan itu dilaporkan menimbulkan masalah apabila sebilangan besar penduduk di kampung keluarganya menolak jika mayat itu mahu disemadikan di situ kerana tidak mahu nama kampung mereka dicemarkan dan dikaitkan dengan pengganas. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan