Harvard Business School laksana kajian kes 'Najibnomics'

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harvard Business School di Boston akan melaksanakan satu kajian kes dengan tumpuan kepada inisiatif berani Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani krisis kewangan.

Kajian kes berkenaan, yang akan digunakan sebagai subjek dalam kurikulum teras modul makroekonomi, akan memberi pendedahan mengenai bagaimana krisis itu merebak di peringkat antarabangsa.

Ia juga akan membincangkan mengenai bagaimana sebuah negara yang mempunyai asas yang kukuh dan peraturan yang baik boleh bertahan dengan krisis antarabangsa.

Malaysia berjaya mengukuhkan institusi kewangan, insurans dan perbankan berikutan krisis mata wang 1998, demikian menurut Kelab Alumni Harvard Business School Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Selain pembaharuan berani Najib, kajian Harvard itu juga akan memberi tumpuan kepada pelbagai pendekatan liberalisasi ekonomi, langkah yang diambil bagi menyediakan negara untuk Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA) dan rundingan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), kata presiden Alumni Tan Sri G. Gnanalingam.

"Harvard juga akan menumpukan kepada bagaimana negara meletakkan dirinya dalam perjanjian perdagangan bebas dengan negaranegara lain dan bagaimana zon ekonominya bersedia untuk tarikan pelaburan langsung asing.

"Kami di alumni berbangga dapat terlibat dengan usaha sedemikian memandangkan kajian itu akan menjadi sebahagian daripada program sukatan pelajaran dan mengajar beriburibu penuntut antarabangsa.

"Tambahan pula, penuntut di Harvard akan mengetahui mengenai apa yang kerajaan dan Bank Negara Malaysia telah lakukan sejak krisis 1998 untuk mengawal dan menstabilkan ekonomi," kata Gnanalingam.

Kajian kes sebelumnya mengenai Malaysia diterbitkan pada April 2002 dengan tajuk "Malaysia Modal dan Kawalan" yang ditulis oleh Rawi Abdelai dan Laura Alfaro, yang merupakan satu daripada kajian kes Harvard paling berjaya.

Ia menganalisis ekonomi politik kawalan modal di Malaysia semasa krisis kewangan Asia 1997/98. Ia diajar di setiap kelas sejak tujuh tahun lepas bukan sahaja kepada penuntut Harvard Business School yang mengambil ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan tetapi juga pengurus kanan yang mengikuti program eksekutif. Penuntut memuji kajian kes berkenaan yang menjelaskan pandangan pemimpin-pemimpin Malaysia, demikian menurut kenyataan itu lagi. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan