A (H1N1): Tiada kematian baru dilaporkan, angka kematian kekal 77 orang

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada kematian baru akibat influenza A(H1N1) dilaporkan hari ini dengan angka kematian kekal 77 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata 135 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan 108 kes telah dibenarkan pulang.

"Ini menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di 78 hospital termasuk lapan hospital swasta di seluruh negara adalah seramai 704 orang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 184 atau 26 peratus merupakan kes H1N1 yang disahkan melalui ujian makmal.

"Sebanyak 21 atau 11 peratus kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kemasukan kes baru ke ICU dan empat lagi kes telah keluar hari ini," katanya.

Seramai 19 atau 91 peratus kes yang disahkan positif influenza A(H1N1) dan sedang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko iaitu tujuh kanak-kanak bawah lima tahun, penyakit kronik (tiga), obesiti (lima), penyakit respiratori kronik (tiga) dan seorang warga emas berusia 65 tahun ke atas.

Dr Mohd Ismail turut mengingatkan bahawa penularan penyakit H1N1 dalam komuniti adalah masih aktif dan menasihatkan orang ramai agar segera mendapatkan rawatan jika mengalami simptom ILI.

"Bagi mereka yang mempunyai simptom ILI, selepas dinasihatkan berehat di rumah oleh doktor, sila patuhi nasihat itu sehingga bebas daripada simptom ILI termasuklah tidak ke tempat kerja, sekolah atau tempat awam serta terus mengamalkan kebersihan diri termasuk mencuci tangan secara kerap terutama selepas batuk, bersin dan mengamalkan adap batuk," kata beliau.

Maklumat dan perkembangan terkini mengenai jangkitan Influenza A (H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang, melalui emel di cprc_h1n1@moh.gov.my serta laman web kementerian iaitu di http://www.moh.gov.my. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan