Tanglung 1Malaysia setinggi 300 meter meriahkan Pesta Tanglung Sabtu ini

Diterbitkan: Khamis, 24 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tanglung setinggi 300 meter berbentuk logo 1Malaysia merupakan keunikan sambutan Pesta Tanglung KL 2009 yang akan diadakan di sini Sabtu ini.

Pengurus Pengiklanan dan Promosi pesta itu Mak Soon Peng berkata pesta yang diadakan buat kali keempat itu dijangka disertai kira-kira 10 ribu rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum.

"Penyertaan masyarakat pelbagai kaum turut melengkapkan konsep 1Malaysia yang menjadi tema kami tahun ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berharap acara itu yang mendapat sokongan Kementerian Pelancongan dan 100 badan bukan kerajaan yang berkaitan pelbagai kaum di negara ini dapat mengembalikan kemeriahan perayaan itu yang semakin kurang mendapat sambutan di kalangan generasi muda.

Mak berkata perbezaan agama dan budaya tidak harus menjadi penghalang kepada masyarakat Malaysia untuk meraikannya kerana ia bukanlah upacara keagamaan yang boleh menyentuh sensitiviti kaum.

Mak berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melancarkan pesta itu di perkarangan meletak kenderaan Pasar Budaya pada Sabtu malam.

Sejurus pelancaran, kesemua peserta akan berarak dengan membawa tanglung masing-masing menuju ke pusat membelibelah Kotaraya sebelum berpatah balik ke Pasar Budaya, katanya.

Beliau berharap agensi lain turut menganjurkan program seumpama itu bagi menyemarakkan lagi acara itu daripada dibiarkan terus ditenggelami zaman.

Tanglung dinyalakan oleh komuniti Cina setiap tahun bagi menyambut perayaan kuih bulan yang ditetapkan pada 3 Okt tahun ini. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan