DUN Bagan Pinang: Isa calon sesuai, kata Pemuda Umno

Diterbitkan: Khamis, 24 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Ketua Pemuda Umno Bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan perwakilannya untuk menamakan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Oktober ini.

Walaupun ada uraura yang menyatakan Isa tidak cukup kredibel kerana pernah diambil tindakan disiplin parti atas tuduhan politik wang, perwakilan melihat hanya Isa yang boleh menyatupadukan masyarakat Port Dickson, katanya.

"Kami tidak melihat sebarang masalah yang timbul jika beliau dicalonkan kerana ini merupakan komitmen pada peringkat jentera parti dan komitmen yang diberikan oleh peringkat akar umbi kerana beliau mesra dengan masyarakat," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau mendakwa bahagian itu sudah pun membuat tinjauan dan mendapati para penduduk termasuk dari keturunan bukan Melayu menerima Isa.

"Saya tak nampak bahawa isuisu yang menjadi rekod Isa akan menjadi satu liabiliti kepada Umno dan BN dalam menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini," katanya.

Beliau memberi contoh mantan Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah diambil tindakan disiplin oleh Allahyarham Tuanku Abdul Rahman kerana menulis buku Malay Dilemma.

"Akibat desakan yang kuat dari akar umbi, Perdana Menteri kemudian Allahyarham Tun Abdul Razak membawa masuk Mahathir kembali dan beliau akhirnya muncul sebagai pemimpin yang hebat," katanya.

Katanya, pemilihan Isa sangat tepat kerana tokoh itu telah membuktikan kesetiaannya kepada parti walaupun telah diambil tindakan disiplin dan ini merupakan contoh yang baik kepada ahli lain.

Ini membuktikan kesetiaan itu merupakan satu perkara yang perlu kita utamakan, jadi bagi saya selaku Ketua Pemuda malah mungkin mewakili sebahagian Pemuda inilah yang patut menjadi idola kerana kita hendak mencari orang yang benar-benar setia pada parti," katanya.

Jika parti menolak suara perwakilan, beliau khuatir Umno akan melakukan kesilapan yang sama seperti parti LDP yang telah memerintah Jepun selama lebih dari 50 tahun tetapi akhirnya tewas. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan