Banjir: Lebih 300 kambing dan lembu terperangkap dalam kandang

Diterbitkan: Khamis, 24 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih daripada 300 ekor lembu dan kambing dari dua ladang dekat kawasan Lembah Sungai Tua Ulu Yam dekat sini terperangkap apabila kandang-kandang di situ dinaiki air berikutan sebuah empangan yang berdekatan pecah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Rosli Hassan berkata kejadian pukul 8.50 malam itu menyebabkan kedua-dua kandang ternakan di lembah itu dinaiki air setinggi tiga meter.

Bagaimanapun, katanya jumlah binatang ternakan yang lemas, selamat ataupun yang telah melarikan diri masih belum dapat dikenal pasti.

Empangan itu pecah dipercayai disebabkan oleh pelanggaran oleh sampah yang tertimbun hampir 100 meter tinggi di kawasan pelupusan sampai Sungai Kertas yang terletak bersebelahan dengan empangan itu, katanya.

Katanya pihak polis, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan pekerja-pekerja ladang masih menjalankan operasi menyelamat dan membuat kerja-kerja membuka laluan air.

Kerja-kerja pembersihan dijangka selesai esok. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan