Bagi Malaysia isu tarian Pendet selesai

Diterbitkan: Khamis, 24 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANDUNG: Isu tuduhan kononnya Malaysia mengambil tarian Pendet dan Pulau Jemur Indonesia untuk tujuan promosi pelancongan, yang terbukti tidak berasas dan sama sekali tidak tepat, telah dianggap selesai dengan penjelasan bukan saja oleh kerajaan Malaysia tetapi juga oleh pemerintah Indonesia sendiri.

Kuasa Usaha Sementara Malaysia di Indonesia Raja Reza Raja Zaib Shah berkata dengan itu, hampir 6,000 pelajar Malaysia di 13 kampus terakreditasi di seluruh negara 17,000 buah pulau ini tidak lagi perlu khuatir atau terbawa-bawa dengan sentimen antiMalaysia sekalipun terus dipancing oleh media massa Indonesia.

"Bagi kita dan untuk semua pelajar di sini, kedua-dua isu ini sudah kita tutup buku sepenuhnya dan tidak perlu dilayani lagi.

"Ini kerana tuduhan-tuduhan itu tidak benar lantaran Malaysia tidak pernah mendakwa tarian Pendet yang berasal dari Bali milik kita," katanya pada sambutan Aidilfitri dengan lebih 200 pelajar perubatan Universiti Padjajaran di sini, malam tadi.

Katanya dalam kes Pulau Jemur pula seperti dijelaskan oleh Menteri Luar Indonesia Hassan Wirajuda dan juga Menteri Luar Malaysia Datuk Anifah Aman, terdapat tiga pulau bernama Pulau Jemur, termasuk satu milik Malaysia di perairan Selangor, yang menggunakan nama yang sama.

Beliau berkata seperti dijelaskan oleh Hassan pada sidang media bersama dengan Anifah di Jakarta pada Khamis lepas, media massa Indonesia terbukti tidak memeriksa terlebih dahulu fakta dan kebenaran sebelum menuliskan beritaberita berkaitan yang mengakibatkan tercetusnya rasa antiMalaysia di kalangan segelintir rakyat tempatan.

Sehubungan itu, Raja Reza yang juga Ketua Canseri di kedutaan, menasihatkan para pelajar supaya menumpukan perhatian penuh kepada pelajaran dan hidup bermasyarakat dengan baik bukan saja sebagai duta kecil Malaysia tetapi juga wakil persahabatan Malaysia dengan Indonesia.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia Dr Junaidi Abu Bakar pula berkata para pelajar Malaysia setakat ini telah menunjukkan tahap kematangan yang tinggi apabila mereka tidak memberi reaksi keras terhadap laporan negatif media massa Indonesia, sebaliknya menerimanya dengan tenang sambil memberi penjelasan kepada rakanrakan sekuliah.

"Majoriti rakyat Indonesia yang rasional memandang tinggi ketenangan rakyat Malaysia dalam menghadapi tuduhan-tuduhan itu yang akhirnya ternyata tidak benar. Namun, seperti yang dijelaskan oleh Anifah, semua pihak pun hairan apa tujuan media massa tempatan tidak mahu menerima penjelasan dan fakta yang tepat," katanya.

Pada majlis itu, para pelajar Malaysia khususnya pelajar tahun pertama, mengadakan pelbagai pertunjukan kebudayaan dengan rakanrakan berbilang kaum yang turut memeriahkan sambutan hari raya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan