Tiada kematian baru H1N1

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada kematian akibat influenza A (H1N1) dilaporkan semalam manakala 96 kes dengan gejala seperti penyakit influenza (ILI) dimasukkan ke hospital, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Menurut beliau 65 kes telah didiscaj dan daripada jumlah ILI yang sedang di rawat, hanya 177 pesakit atau satu pertiga merupakan kes H1N1 yang disahkan dan 26 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ini menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di 80 buah hospital termasuk sembilan hospital swasta di seluruh negara berjumlah 618 kes, kata beliau.

"Tiada kematian H1N1 didaftarkan dan jumlah terkumpul adalah kekal pada 77 kematian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Seramai 24 orang atau 92 peratus kes H1N1 yang sedang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko antaranya sembilan kanakkanak bawah lima tahun, lima penyakit kronik, enam obesiti, tiga penyakit respiratori kronik dan dua hamil.

Di peringkat global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia melaporkan setakat Jumaat lepas, lebih 296,471 kes H1N1 dilaporkan di seluruh dunia dengan sekurang-kurangnya 3,486 kematian. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan