Penyelesaian jangka panjang tanah runtuh Bukit Antarabangsa - Berita Semasa | mStar

Penyelesaian jangka panjang tanah runtuh Bukit Antarabangsa

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurutera geoteknikal di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengadakan perbincangan dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya mengenai penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi insiden tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dekat sini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata beliau telah mengarahkan jurutera berkenaan menilai kejadian runtuhan batu di Wangsa Heights di Bukit Antarabangsa dan juga meminta penduduk di kawasan itu memaklumkan kepada pihak berkuasa jika ada tanda-tanda insiden tersebut akan berlaku.

"Sungguhpun ia di bawah bidangkuasa kerajaan tempatan, penduduk berkenaan melalui perbadanan pengurusan hendaklah memainkan peranan dengan memeriksan dan mengawasi sebarang tanda masalah cerun secara berkala dan pihak berkuasa dimaklumkan bila dan jika perlu," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

"Adalah malang insiden itu berlaku tanpa sebarang kematian tetapi lebih banyak perancangan yang teliti perlu diperiksa", tambah beliau.

Kong berkata semua pembangunan di cerun bukit mestilah mengikuti garis panduan baru yang diluluskan oleh Majlis Kebangsaan mengenai Kerajaan Tempatan pada 17 Sept tahun ini. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan