Palanivel serah isu peralihan kuasa kepada Samy Vellu

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel menyerahkan kepada Datuk Seri S. Samy Vellu untuk memutuskan masa yang sesuai bagi mengosongkan jawatan nombor satu parti itu.

"Terlalu banyak pertanyaan dan desakan mengenai peralihan kuasa dalam MIC. Saya telah bertahuntahun bekerja bersama Datuk Seri S. Samy Vellu.

"Selama bertahuntahun beliau membimbing saya untuk mengisi jawatan tertinggi parti.

Dalam beberapa pertemuan dan kempen, beliau menegaskan bahawa saya mempunyai pengalaman, kematangan dan keupayaan untuk menggantikan beliau dan menerajui MIC, kata Palanivel dalam laman blognya hari ini. Sejak pemilihan parti, yang menyaksikan Samy Vellu mengekalkan jawatannya bagi penggal ke11 setelah menang tanpa bertanding, banyak pertanyaan diutarakan mengenai selama mana beliau perlu terus memimpin MIC.

Isu itu terus hangat diperkatakan dan pada hujung minggu lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan berbincang dengan Samy Vellu mengenai peralihan kuasa berkenaan.

Samy Vellu, pemimpin MIC yang lantang bersuara dan menerajui MIC sejak 1981, berkata beliau bersedia menyerahkan kepimpinan parti kepada Palanivel jika timbalan presiden itu sudah bersedia.

"Saya pasti beliau semestinya mempunyai perancangan baik, terutamanya setelah menyokong saya sebagai calon timbalan presiden buat kali kedua pada pemilihan 12 Sept lepas. Beliau pastinya tahu bilakah masa terbaik untuk menyerahkan kepimpinan parti," kata Palanivel.

Bekas seorang wartawan yang sebelum ini pernah menjadi setiausaha akhbar kepada Samy Vellu sebelum menceburi dunia politik, Palanivel memuji pemimpin MIC itu sebagai "pemimpin contoh dalam sejarah Malaysia" yang memimpin masyarakat India menempuhi pelbagai cabaran besar.

Palanivel yakin anggota parti akan terus menyokongnya selepas pemilihan parti yang menyaksikan caloncalon yang disokong Samy Vellu kebanyakannya menang besar.

"Kepimpinan baru parti terdiri daripada banyak muka baru dan anggota perwakilan mengundi dengan bijak untuk membawa perubahan yang perlu. Ia merupakan satu gabungan baik daripada segi pengalaman dan kepemimpinan muda," kata beliau. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan