Kerosakan dua suis punca kereta api Bukit Bendera tergendala

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Punca perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera (KBB) tergendala adalah akibat kerosakan dua suis yang mengawal kelajuan dan "censor" kereta api di stesen atas.

Setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Ng Wei Aik berkata kontraktor hanya sempat melakukan kerja pembaikan secara sementara pada malam Isnin, bagi membawa turun pelancong yang terkandas di stesen atas bukit.

"Pihak kontraktor telah menggantikan alatalat yang mengalami kerosakan dan perkhidmatan itu diteruskan sebaik sahaja kerja pembaikan disiapkan pada keesokan harinya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sesetengah media mengenai perkhidmatan KBB yang mengalami kerosakan bagi kali kedua dalam masa dua hari.

"Perkhidmatan KBB tidak mengalami kerosakan kali kedua tapi terpaksa diberhentikan buat sementara waktu pada keesokan hari bagi membolehkan kontraktor melakukan pembaikan sepenuhnya," katanya.

Kejadian pada Isnin lepas mengakibatkan kira-kira 500 pelancong terkandas di atas bukit selepas perkhidmatan kereta api itu tergendala selama empat jam. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan