EGM MCA untuk selesaikan masalah parti - Ong

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA yang akan diadakan pada 10 Okt ini "bertujuan baik" untuk menyelesaikan kemelut yang melanda parti, kata Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

"Itulah niat kita... sebab itu kita samasama mahu menjayakannya (EGM) termasuk memuatkan semua usul yang dikemukakan oleh kumpulan bekas timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek," katanya kepada pemberita setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini semalam.

Ong berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang mengharapkan agar EGM parti itu akan menyelesaikan kemelut yang melanda parti politik kedua terbesar di negara ini dan bukannya untuk mengapiapikan isu.

Najib juga berkata adalah penting bagi MCA menyelesaikan masalahnya kerana kegagalan berbuat demikian akan memberikan kesan terhadap sokongan rakyat kepada komponen Barisan Nasional (BN).

Sambil menyambut baik saranan Perdana Menteri, Ong berkata usaha ke arah itu sudah dibuat demi kebaikan bersama. EGM MCA diadakan berikutan pemecatan Dr Chua bulan lepas.

Bagaimanapun, jawatankuasa pusat MCA memutuskan untuk menggantung keanggotaan Dr Chua selama empat tahun berkuasa kuasa serta merta, mengubah keputusan Majlis Presiden pada 26 Ogos yang memecatnya.

EGM itu akan membincangkan lima resolusi iaitu mengemukakan usul tidak percaya terhadap presiden MCA (Datuk Seri Ong Tee Keat), untuk membatalkan keputusan Majlis Presiden memecat Dr Chua, untuk mengembalikan jawatan timbalan presiden kepada Dr Chua, untuk membatalkan manamana pelantikan yang dibuat sebelum EGM dan tiada tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka yang bersetuju diadakan EGM. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan