Samy sanggup undur sekarang jika Palanivel sedia pimpin MIC

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PRESIDEN MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan timbalannya, Datuk G. Palanivel (kiri) diraikan selepas Palanivel mengekalkan jawatannya buat penggal kedua pada pemilihan 12 September lalu. Samy Vellu mempertahankan jawatannya April lalu. Selepas seminggu pemilihan Samy Vellu berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Palanivel dan pertemuan susulan bersama Perdana Menteri berkenaan dengan pelan peralihan kepimpinan parti.
PRESIDEN MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan timbalannya, Datuk G. Palanivel (kiri) diraikan selepas Palanivel mengekalkan jawatannya buat penggal kedua pada pemilihan 12 September lalu. Samy Vellu mempertahankan jawatannya April lalu. Selepas seminggu pemilihan Samy Vellu berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Palanivel dan pertemuan susulan bersama Perdana Menteri berkenaan dengan pelan peralihan kepimpinan parti.

PETALING JAYA: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menyatakan kesediaannya untuk berundur dan menyerahkan tampuk kepimpinan parti itu pada bila-bila masa sahaja, "termasuk esok" jika timbalannya, Datuk G. Palanivel sanggup menerajui parti itu.

"Saya sudah bersedia untuk pergi (melepaskan) jawatan, saya bersedia untuk pergi... hari Isnin, esok pun boleh jika Palanivel merasakan sudah bersedia untuk mengambil alih kepimpinan parti, saya bersedia untuk menyerahkan kepimpinan kepada beliau.

"Saya tiada masalah. Saya bukan hendak memegang jawatan ini buat selama-lamanya. Tapi ada banyak perkara yang perlu diselesaikan (demi parti dan masyarakat)," kata beliau ketika dihubungi mStar Online semalam.

Samy Vellu yang mempertahankan jawatannya buat penggal ke-11 April lalu memberitahu beliau akan mengadakan perbincangan dengan Palanivel sebaik sahaja beliau pulang dari India.

"Palanivel ada di India sekarang dan apabila beliau pulang dari India, saya akan menemui beliau untuk membincangkan perkara ini... untuk bertanya sama ada bersedia untuk mengambil alih jawatan Presiden. Dan, jika beliau bersedia saya akan menyerahkan kepada beliau," jelasnya.

Palanivel yang memenangi jawatan Timbalan Presiden MIC untuk penggal kedua pada 12 September lalu kini berada di India.

Bagaimanapun Samy Vellu menegaskan, parti akan berhadapan dengan pelbagai masalah jika beliau melepaskan jawatannya sekarang.

Sambil menyifatkan barisan kepimpinannya masih baru, Samy Vellu menambah: "Mereka memang merupakan muka lama dalam Kongres (MIC) (sebagai ahli), tetapi mereka adalah barisan kepimpinan baru, yang baru sahaja dipilih."

MIC mengadakan pemilihan pada 12 September bagi jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 anggota jawatankuasa kerja pusat.

Selain Palanivel turut dipilih ialah tiga Naib Presiden, yang kesemuanya merupakan muka baru iaitu Datuk Dr. S. Subramaniam, Datuk S.K. Devamany dan Datuk M. Saravanan.

Palanivel, Subramaniam, Devamany dan Saravanan merupakan calon Pasukan Presiden yang direstui Samy Vellu.

BUKAN SENGAJA

Bekas Menteri Kerja Raya itu menambah, bukan beliau sengaja berpegang pada jawatan Presiden MIC sepanjang 18 bulan lalu selepas parti itu merekodkan prestasi buruk pada pilihan raya umum Mac 2008.

"Sepanjang 18 bulan lalu saya melalui pelbagai kesukaran, menguruskan soal kewangan untuk parti dan sebagainya.

"MIC bukan hanya milik untuk ahli-ahli parti sahaja, tetapi MIC perlu memenuhi keperluan masyarakat India," kata beliau sambil mengulangi bahawa MIC akan berhadapan dengan ketidakstabilan jika beliau memutuskan untuk berundur sekarang.

"Ada banyak perkara yang perlu diselesaikan, saya sedang menjalankan banyak perkara. Saya hendak memastikan semuanya selesai dan parti berada dalam keadaan baik sebelum diserahkan kepada pengganti saya," katanya lagi.

Samy Vellu diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Presiden MIC itu untuk membincangkan pelan peralihan kuasa pemimpin nombor satu MIC itu yang telah menerajui parti sejak 1981.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional mengesahkan yang Samy Vellu ada berjumpa dengan beliau Jun lalu untuk membincangkan mengenai perancangan peralihan kuasa pucuk pimpinan.

Menurut Perdana Menteri, beliau akan membincangkan langkah sesuai yang patut diambil oleh Presiden MIC itu berhubung perkara berkenaan.

Jelas Najib, ketika itu Samy Vellu memaklumkannya yang beliau masih tidak boleh berundur dan jika beliau berbuat demikian, kestabilan MIC akan tergugat.

"Tetapi itu sebelum pemilihan parti. Tetapi kini selepas pemilihan, saya akan sekali lagi berbincang dengan beliau tetapi ini tidak harus dilihat sebagai campur tangan BN dalam ehwal dalaman MIC," kata Najib yang juga Presiden Umno.

Sabtu lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Samy Vellu adalah liabiliti kepada BN, dalam usaha komponen parti pemerintah untuk memenangi semula sokongan masyarakat India negara ini.

SEDIA JUMPA NAJIB

Mengenai kenyataan Najib itu semalam, Samy Vellu memberitahu, beliau melihatnya "sebagai satu kenyataan positif daripada Perdana Menteri."

Justeru kata Samy Vellu, beliau akan berhubung dengan Perdana Menteri minggu depan untuk mendapatkan tarikh temu janji bagi membincangkan isu berkenaan.

"Saya akan mengadakan perbincangan hati ke hati dengan Perdana Menteri berkaitan dengan pelan peralihan, saya perlu menjelaskan kepada beliau rancangan saya supaya ia dapat diterima dengan baik," katanya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan