Penyelesaian jangka panjang tanah runtuh Bukit Antarabangsa

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurutera geoteknikal di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengadakan perbincangan dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya mengenai penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi insiden tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dekat sini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata beliau telah mengarahkan jurutera berkenaan menilai kejadian runtuhan batu di Wangsa Heights di Bukit Antarabangsa dan juga meminta penduduk di kawasan itu memaklumkan kepada pihak berkuasa jika ada tanda-tanda insiden tersebut akan berlaku.

"Sungguhpun ia di bawah bidangkuasa kerajaan tempatan, penduduk berkenaan melalui perbadanan pengurusan hendaklah memainkan peranan dengan memeriksan dan mengawasi sebarang tanda masalah cerun secara berkala dan pihak berkuasa dimaklumkan bila dan jika perlu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

"Adalah malang insiden itu berlaku tanpa sebarang kematian tetapi lebih banyak perancangan yang teliti perlu diperiksa", tambah beliau.

Kong berkata semua pembangunan di cerun bukit mestilah mengikuti garis panduan baru yang diluluskan oleh Majlis Kebangsaan mengenai Kerajaan Tempatan pada 17 Sept tahun ini. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan