Isu Selcat: 2 wakil BN mahu keluar tanda protes

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GAMBAR FAIL... ANGGOTA Selcat (dari kiri) Teng Chang Khim, Saari Sungip, Azmin Ali dan Ismail Sani (paling kanan) selepas sesi mendapatkan penjelasan daripada Presiden Kelab Darul Ehsan Berhad, Datuk Abd. Karim Munisar (dua dari kanan) di Shah Alam pada 23 Mac lalu. Selcat mempunyai tujuh anggota termasuk Teng.
GAMBAR FAIL... ANGGOTA Selcat (dari kiri) Teng Chang Khim, Saari Sungip, Azmin Ali dan Ismail Sani (paling kanan) selepas sesi mendapatkan penjelasan daripada Presiden Kelab Darul Ehsan Berhad, Datuk Abd. Karim Munisar (dua dari kanan) di Shah Alam pada 23 Mac lalu. Selcat mempunyai tujuh anggota termasuk Teng.

PETALING JAYA: Dua wakil Barisan Nasional (BN) yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), yang ditubuhkan tahun lalu oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat, sedang mengkaji untuk keluar daripada badan itu sebagai tanda protes.

Salah seorang anggota tersebut, Ismail Sani memberitahu mStar Online hari ini bahawa beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan tersebut.

Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua memberitahu, rakannya, Sulaiman Abdul Razak iaitu wakil rakyat BN kawasan Permatang juga mempunyai pendirian yang sama.

"Saya akan membincangkan dengan lanjut bersama Datuk Seri Dr. Mohammad Khir Toyo selaku Ketua Pembangkang sebelum mengumumkan pendirian muktamad," kata beliau.

"Saya mempertimbangkan perkara ini selepas mendapati tiada apa-apa keperluan untuk menganggotai Selcat," kata beliau lagi.

"YB Sulaiman juga mempunyai pandangan yang sama dalam isu ini," kata beliau dan menambah, keputusan akhir dijangka dicapai bulan depan.

Setakat ini, Ismail memberitahu, beliau hanya menghadiri satu pertemuan Selcat iaitu pada Mac lalu.

"Selepas itu saya tidak hadir," kata beliau tanpa mahu mengulas lanjut.

Sulaiman tidak dapat dihubungi semalam.

Jawatankuasa itu akan bertemu semula selama lima hari mulai 21 Oktober ini.

Selcat ditubuhkan oleh DUN Selangor selepas pilihan raya umum Mac 2008 untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Selain kedua-dua ADUN itu, anggota Selcat terdiri daripada Haniza Mohd. Talha (PKR-Taman Medan), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Shaari Sungib (PAS-Hulu Klang) dan Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing).

Perjalanan Selcat kini dikritik dengan pegawai-pegawai daerah yang dipanggil memberi keterangan mendakwa mereka dilayan seperti penjenayah dan perlu menjawab soalan mengikut kehendak jawatankuasa itu.

Kelmarin, Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin) menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi selain menjejaskan imej serta kredibiliti diri beliau sebagai penjawat awam.

Beliau adalah antara sembilan Pegawai Daerah di Selangor yang dipanggil memberi keterangan pada 9 September lalu.

Bakhtiar mendakwa siasatan yang diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Teng Chang Khim itu dilakukan dalam suasana tegang dan tidak berhemah.

Kelmarin, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hasan Ali melahirkan pandangan yang serupa sambil menjelaskan beliau bersimpati dengan pegawai-pegawai kanan berkenaan.

Malah, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor mengesyorkan agar keanggotaan Selcat tidak hanya dihadkan kepada ahli-ahli politik semata-mata, sebaliknya dilantik kalangan bekas hakim dan bekas pegawai kanan kerajaan.

Kini ketujuh-tujuh wakil itu adalah ADUN di negeri Selangor.

Bagaimanapun Teng dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam reaksi segera mereka semalam mempertahankan penubuhan Selcat.

Baru-baru ini, Khir pula berkata, cara Selcat menyoal pegawai awam negeri berhubung peruntukan ADUN sebelum ini akan menimbulkan krisis dalam pentadbiran negeri.

Bekas Menteri Besar berkata, krisis melibatkan moral serta persepsi kakitangan awam itu akan tercetus kerana Selcat dianggotai oleh mereka yang kurang arif mengenai prosedur pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, kekurangan itu menyebabkan Selcat yang dipengerusikan oleh Teng, selaku Pengerusi Selcat, hanya bertumpu mencari setiap kesalahan pegawai kerajaan negeri mengenai perbelanjaan peruntukan tahunan ADUN.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan