Tiada kematian baru jangkitan H1N1

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada kematian baru akibat influenza A(H1N1) dilaporkan semalam dengan angka kematian masih kekal 77 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata 15 pesakit baru dengan gejala seperti influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan 121 kes telah dibenarkan pulang.

"Ini menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di 91 hospital termasuk 14 hospital swasta di seluruh negara adalah seramai 604 orang," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

Antara 151 kes H1N1 yang sedang dirawat di hospital, 31 daripadanya adalah di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Daripada 31 kes H1N1 yang sedang dirawat di ICU, sebanyak 22 kes adalah faktor risiko iaitu tujuh kanak-kanak bawah lima tahun, lima penyakit kronik, lima obesiti, tiga penyakit respiratori kronik dan dua hamil," kata beliau.

Dr Mohd Ismail yang turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada orang ramai, juga mengingatkan orang ramai supaya terus meningkatkan kebersihan diri dan segera mendapatkan rawatan jika mengalami gejala seperti influenza.

Maklumat dan perkembangan terkini akan jangkitan Influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline 038881 0200 atau 038881 0300 dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang, melalui emel di cprc_h1n1@moh.gov.my serta laman web kementerian iaitu di http://www.moh.gov.my. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan