Persepsi masyarakat luar Malaysia tidak stabil tidak benar - Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Persepsi masyarakat luar bahawa negara ini tidak stabil berikutan beberapa isu yang melibatkan kaum tidak benar sama sekali, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata semangat perpaduan dan toleransi kaum masih diamalkan di Malaysia dan ini dibuktikan dengan kemesraan yang ditonjolkan oleh masyarakat berbilang kaum melalui amalan kunjung mengunjung sempena perayaan setiap kaum yang ada seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Di luar sana orang anggap Malaysia tidak stabil dan rakyatnya tidak seperti dahulu kerana mereka tidak memahami keadaan yang sebenar," katanya sambil menambah tetamu asing yang dijemput ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Seri Perdana semalam kagum dengan kemesraan yang ditonjolkan rakyat pelbagai kaum yang menghadiri majlis tersebut.

Oleh yang demikian katanya kemesraan itu tidak harus diamalkan pada harihari perayaan sahaja malah pada setiap masa agar rakyat tidak berasa kekok apabila bercampur gaul antara satu sama lain, katanya yang juga Anggota Parlimen Pagoh pada Hari Terbuka Aidilfitri beliau di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh dekat sini hari ini, yang dihadiri kira-kira 20,000 orang daripada pelbagai kaum.

Menurut Muhyiddin kepelbagaian kaum merupakan satu keistimewaan kepada Malaysia dan hubungan baik antara kaum harus dipelihara dan dipertahankan kerana ia akan menentukan kejayaan negara serta selari dengan konsep 1Malaysia yang diwar-warkan Perdana Menteri.

Mengenai mesyuarat pengurusan parti dan Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan baru-baru ini, Muhyiddin berkata ia tidak membincangkan mengenai Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang dikatakan sebagai calon untuk bertanding bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Menurutnya calon itu akan diketahui selepas mendapat kelulusan pucuk pimpinan dan hanya akan diumumkan pada satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Bagan Pinang pada 29 Sept ini.

"Kita akan mengambil kira pandangan semua pihak. Yang penting kita mahu calon yang berwibawa, dihormati dan diterima pengundi serta mampu menjalankan tugas," katanya yang tidak mahu mengulas mengenai senarai nama calon yang dipertimbangkan.

Beliau berkata mesyuarat tersebut hanya mesyuarat biasa mengenai persediaan yang dibuat dan strategi serta pendekatan yang bakal digunakan dalam kempen pilihan raya itu.

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan 3 Okt sebagai hari penamaan calon sementara pengundian ialah pada 11 Okt bagi pilihan raya kecil itu yang diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada Barisan Nasional (BN) Azman Mohamad Noor di Hospital Pakar Seremban akibat jangkitan kuman dalam darah pada 4 Sept lepas.

Turut hadir pada hari terbuka itu ialah Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan