Ibu Menteri Besar Perlis meninggal dunia - Berita Semasa | mStar

Ibu Menteri Besar Perlis meninggal dunia

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Ibu kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Mahasa Jusoh, 86 meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah di sini pagi ini akibat sakit tua.

Allahyarham yang menerima rawatan di hospital itu sejak 21 Julai lalu menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 8 pagi di sisi anakanak dan cucunya.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Kechor dekat sini dan antara yang menziarah ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Md Isa berkata, jenazah ibunya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Hutan Changkat Abi berhampiran rumahnya selepas solat Asar.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak iaitu dua lelaki termasuk Md Isa serta dua perempuan di samping 18 cucu dan 10 cicit.

Semasa hayatnya, Allahyarham turut bergiat aktif dalam politik dan berjuang dalam pergerakan wanita Umno sejak awal penubuhannya.

Md Isa berkata, ibunya adalah pendorong kepada beliau menyertai politik. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan