Asas hubungan harmoni antara kaum masih utuh

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Asas hubungan harmoni antara kaum masih utuh walaupun berlaku beberapa isu perkauman baru-baru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

"Saya berpendapat walaupun terdapat beberapa insiden dan isu tetapi pada keseluruhannya hubungan harmoni antara kaum pada semua lapisan masyarakat dan latarbelakang politik pada asasnya masih utuh," kata beliau kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri di Seri Perdana di sini, semalam.

Dr Koh berkata tidak dapat dinafikan yang ketegangan antara kaum dilaporkan dalam media dan ada pihak yang rasa tersinggung, tetapi semua ini masih tidak mampu mengugat perpaduan yang telah lama wujud.

Mengulas mengenai majlis rumah terbuka itu, beliau berkata kehadiran mereka daripada semua lapisan masyarakat dan latarbelakang etnik membayangkan semangat 1Malaysia.

"Saya menyokong konsep mengadakan rumah terbuka di Seri Perdana kerana ia milik rakyat dan membayangkan konsep rakyat didahulukan. Ini merupakan cara yang lebih berkesan untuk meningkatkan perpaduan dan menggalakkan persefahaman di kalangan rakyat," katanya.

Majlis rumah terbuka kembali ke Seri Perdana selepas lima tahun. Sebelum ini ia diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan