31 kematian dicatatkan pada hari kelapan Ops Sikap

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 31 kematian akibat kemalangan jalan raya dicatatkan di seluruh negara semalam, menjadikan jumlah keseluruhannya kepada 114 kematian sejak Ops Sikap ke-20 bermula 13 Sept lalu.

Menurut kenyataan Bukit Aman hari ini, empat kematian adalah di lebuh raya, 16 di jalan persekutuan, enam di jalan negeri, tiga di jalan bandaran dan dua di lain-lain jalan.

Setakat semalam, iatu dalam tempoh lapan hari sejak Ops Sikap ke-20 dijalankan, tiga kategori yang paling banyak mencatatkan kematian ialah pengguna motosikal dengan 76 kematian, diikuti pengguna motokar, 54 kematian dan pejalan kaki tujuh kematian, katanya.

Jumlah kemalangan semalam adalah 1,013 kemalangan dan jumlah saman yang dikeluarkan ialah 4,766, katanya.

Jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan paling tinggi dengan 340 kes diikuti jalan persekutuan (277 kes), jalan negeri (225 kes) dan jalan-jalan lain (118 kes) dan lebuh raya 71.

Ops Sikap ke-20 ini dijalankan sehingga 27 Sept ini yang bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena musim perayaan Hari Raya ini. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan