219 pesakit baru dengan sakit seperti gejala influenza

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 219 pesakit baru dengan gejala seperi penyakit influenza (ILI) dimasukkan ke hospital untuk rawatan pada hari ini, sementara 143 kes telah didiscaj, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Ini menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di 80 buah hospital termasuk sembilan hospital swasta di seluruh negara berjumlah 680 kes, kata beliau.

Tiada kematian H1N1 didaftarkan dan jumlah terkumpul adalah kekal pada 77 kematian, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 213 pesakit atau 31 peratus merupakan kes H1N1 yang disahkan melalui ujian makmal dan 33 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk empat kemasukan kes baru dan dua kes discaj.

Seramai 25 orang atau 76 peratus kes H1N1 yang sedang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko iaitu kanakkanak bawah lima tahun (9), penyakit kronik (5), obesiti (6), penyakit respiratori kronik (3) dan hamil (2).

Dr Mohd Ismail berkata di peringkat global, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan setakat Jumaat lepas, lebih 296,471 kes H1N1 di seluruh dunia dengan sekurang-kurangnya 3,486 kematian.

Beliau juga menyeru supaya mengamalkan langkahlangkah bijak untuk mencegah dan mengawal penularan H1N1 semasa musim perayaan ini seperti mendapatkan rawatan segera di klinik terdekat, amalan kesihatan yang baik dengan minum air yang secukupnya, menyediakan kemudahan membersih tangan serta tempat membuang sampah.

Langkah terbaik bagi mereka yang sedang menangani gejala ILI dan selepas mendapatkan rawatan segera daripada doktor, berehat di rumah dan mengurangkan pergaulan rapat dengan anggota keluarga sehinggalah bebas daripada semua simpton ILI, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan