PM akan bincang dengan Samy Vellu perancangan peralihan kuasa MIC

Diterbitkan: Ahad, 20 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan perjumpaan dengan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu untuk membincangkan perancangan peralihan kuasa pemimpin nombor satu MIC itu, yang telah menerajui parti sejak 1981.

Najib, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata Samy Vellu ada berjumpa beliau sebelum pemilihan MIC Jun lepas di Kuching untuk membincangkan mengenai perancangan peralihan kuasa pucuk pimpinan.

"Pada ketika itu beliau memaklumkan kepada saya yang beliau masih tidak boleh berundur dan jika beliau berbuat demikian, kestabilan parti akan tergugat. Tetapi itu sebelum pemilihan parti.

"Tetapi kini selepas pemilihan, saya akan sekali lagi berbincang dengan beliau tetapi ini tidak harus dilihat sebagai campur tangan BN dalam ehwal dalaman MIC," kata Najib kepada pemberita pada rumah terbuka Hari Raya anjuran Perdana Menteri dan Kabinet di Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri di sini hari ini.

MIC mengadakan pemilihan parti minggu lepas bagi memilih timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 anggota jawatankuasa kerja pusat. Samy Vellu menang tanpa bertanding jawatan presiden parti untuk 11 penggal berturutturut pada Mac tahun ini.

Awal minggu ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Samy Vellu adalah liabiliti kepada BN, dalam usaha komponen parti pemerintah untuk memenangi semula sokongan masyarakat India Malaysia.

Berhubung perkara itu, Presiden MIC itu berkata Dr Mahathir tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mengenai pucuk pimpinan parti itu dan bahawa beliau telah berbincang dengan Najib mengenai perancangan persaraannya pada Jun lepas.

"Saya perlu berbincang semula dengan beliau (Samy Vellu) sekali lagi berhubung perkara ini. Kami dalam BN mahukan sokongan masyarakat India. Tetapi pada masa yang sama kami tidak patut mencampuri urusan dalaman MIC. Kami mahu MIC memenangi semula sokongan masyarakat itu," kata Najib.

Perdana Menteri berkata beliau akan membincangkan langkah sesuai yang patut diambil oleh presiden MIC itu berhubung perkara berkenaan.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan apa yang telah dibincangkan antara beliau dan Samy Vellu pada perjumpaan Jun lepas dan hanya berkata, ia merupakan perbincangan peribadi. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan