Ong kecewa dengan bilangan kes kemalangan maut

Diterbitkan: Ahad, 20 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan jumlah kemalangan maut yang dicatatkan pada musim perayaan Aidilfitri ini.

Bagaimanapun, katanya, berbagai langkah yang diambil oleh kerajaan mampu mengurangkan bilangan kemalangan maut kepada purata 15 kematian sehari berbanding 18 tahun lepas.

Katanya, daripada kes kemalangan maut yang dilaporkan sepanjang musim perayaan, penunggang dan pembonceng motosikal masih mendahului senarai kes kematian.

"Angka kematian masih tidak begitu baik sekali dan kami mahu mengurangkan lagi bilangan kes maut ke tahap yang lebih rendah," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri anjuran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan Kabinet di Seri Perdana di sini hari ini.

Ong berkata kementeriannya akan memantau bilangan kematian dan akan meneruskan usaha mendidik pengguna jalan raya mengenai aspek keselamatan.

Beliau diminta mengulas 93 kes kematian yang dicatatkan pada minggu pertama Ops Sikap yang bermula Ahad lalu.

"Kita perlu bandingkan jumlah kematian pada hari biasa iaitu 18 orang berbanding 15 kematian pada tempoh perayaan Aidilfitri di mana bilangan kenderaan di jalan raya adalah jauh lebih tinggi," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan