Duta Indonesia mahu tingkatkan hubungan

Diterbitkan: Ahad, 20 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Duta Besar Indonesia ke Malaysia Tan Sri Da'i Bachtiar hari ini mengucapkan Selamat Hari Raya kepada rakyat Malaysia dan melahirkan harapan hubungan dua hala antara kedua-dua negara dapat dipertingkatkan lagi.

"Saya mengucapkan Selamat Hari Raya (kepada rakyat Malaysia) bagi pihak kerajaan Indonesia dan rakyatnya, semoga hubungan dua negara dapat dipertingkatkan lagi dan membawa kesejahteraan," katanya kepada Bernama selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama 1,500 warga Indonesia di kediaman rasminya di Wisma Duta, Jalan U Thant di sini.

Sementara itu, walaupun kebanyakan warga Indonesia berkenaan merindui keluarga masing-masing namun mereka tetap gembira menyambut Hari Raya di sini.

Ali Kasim, 44, dari Sulawesi Selantan, yang pertama kali menyambut lebaran di perantauan, berkata walaupun berasa sedih tetapi beliau masih dapat merasai kemeriahan suasana raya di Malaysia.

Rizki Erianto, 20, yang sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan teknologi maklumat di sini, berkata suasana hari raya amat berbeza tanpa kehadiran ibu bapanya. "Saya benar-benar rindukan kampung halaman. Saya amat berharap yang keluarga saya ada bersama saya hari ini. Tetapi saya tetap gembira kerana saudara mara dan rakan Malaysia saya ada bersama-sama untuk meraikan hari yang mulia ini," katanya.

Seorang lagi ialah Sita Uni Syarifah, 32, dari Jakarta yang mengikuti suaminya ke Malaysia atas urusan kerja.

"Ini pertama kali kami beraya di perantauan. Kami amat merindui keluarga kami kerana siapa yang tidak mahu pulang untuk bersamasama orang yang disayangi pada Hari Raya. Tetapi kami tetap gembira dengan ditemani rakan-rakan Malaysia di sini," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan