Berhati-hati di jalan raya, balik kampung dengan selamat, kata PM

Diterbitkan: Ahad, 20 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati orang ramai supaya berhati-hati di jalan raya ketika pulang untuk sambutan Aidilfitri.

Keselamatan jutaan pengguna jalan raja yang berpusu-pusu balik kampung sejak beberapa hari lepas tidak dilupakan Perdana Menteri dalam perutusan Hari Raya beliau.

"Biarlah kepulangan masing-masing disambut dengan air mata kegembiraan oleh saudara mara bukannya tangisan kedukaan," kata Perdana Menteri.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dalam perutusan Hari Raya beliau turut menggesa pengguna jalan raya supaya memandu dengan berhati-hati dan mematuhi peraturan trafik.

"Balik kampung merupakan sesuatu yang menggembirakan dan jangan jadikannya satu tragedi. Fikirkan orang tersayang, kerana perbuatan anda akan memberikan kesan kepada mereka. Pandu dengan selamat," kata Ong.

Sehingga kelmarin, Ops Sikap ke-20 yang bertujuan mengurangkan kemalangan dan maut jalan raya semasa musim Aidilfitri ini mencatat angkat kematian 93 dalam tempoh enam hari. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan