Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat nasional di Seri Perdana

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat nasional akan diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri, di Seri Perdana di Putrajaya pada hari raya pertama, kata Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata rumah terbuka itu akan diadakan dari pukul 10.45 pagi hingga 3 petang.

Rumah terbuka itu diadakan selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan berhubung ancaman wabak selesema influenza A (H1N1), katanya pada sidang akhbar Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai keputusan kerajaan mengadakan rumah terbuka itu selepas memutuskan sambutan kemerdekaan 31 Ogos lepas diadakan pada skala kecil di perkarangan Bangunan Parlimen, tidak seperti tahun sebelumnya di Dataran Merdeka kerana ancaman wabak global itu.

Menegaskan situasi kini lebih baik, Rais bagaimanapun tidak menghalang rakyat Malaysia dan pelancong, dianggarkan mencecah 100,000 orang mengunjungi ke rumah terbuka itu, daripada memakai penutup muka dan mulut.

"Terpulang kepada individu," katanya.

Mengulas lanjut mengenai rumah terbuka itu, Rais berkata pada asalnya rumah terbuka yang bertujuan mengeratkan hubungan antara rakyat berbilang kaum dengan pemimpin itu dicadang diadakan di Johor tetapi diubah ke Putrajaya atas faktor tertentu antaranya logistik.

"Ini juga buat pertama kali Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) bertemu dengan rakyat dan beramah-tamah (pada sambutan Aidilfitri)," kata Menteri itu.

Pada hari raya pertama itu, beliau berkata Perdana Menteri dan anggota Kabinet akan berhari raya bersama Yang di-Pertuan Agong pada 7.30 pagi sebelum mengerjakan solat Aidilfitri di Masjid Negara bersama Seri Paduka Baginda dan masyarakat umum, kira-kira setengah jam kemudian.

Bagi memeriahkan majlis rumah terbuka itu, Rais berkata kementeriannya akan mengadakan beberapa pengisian kebudayaan seperti demonstrasi masakan tradisonal seperti dodol, lemang dan rendang selain persembahan nyanyian.

Antara artis yang akan menjayakannya ialah Jamal Abdillah, Jacklyn Victor, Nasir Wahab, Jo Ann, Kumpulan Saujana, Kelvin Lau, Banumita, Ebby Yus, Angelina Tan, Sathiya dan Kumpulan Muzik 1Malaysia.

Rais berkata tetamu juga akan menerima sumbangan daripada Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri.

Kelonggaran meletak kereta di kawasan itu juga akan diberikan kepada orang ramai, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan