Polis panggil beberapa individu dalam siasatan kertas kabinet PKFZ

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis telah memanggil beberapa individu bagi mengambil keterangan berkaitan penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di laman web.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bagaimana Kertas Kabinet itu membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA) didedahkan dalam internet.

"Kita akan siasat siapa yang bertanggungjawab mendedahkan maklumat mengenai Kertas Kabinet itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

"Bagaimanapun saya tidak boleh komen lebih lanjut mengenainya kerana ini akan mengganggu siasatan," katanya.

Dalam satu sidang akhbar petang tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata polis akan menyiasat mengenai pendedahan dokumen yang didakwa Kertas Kabinet berhubung PKFZ dalam laman web 'Malaysia Today'.

Katanya siasatan itu bukan bertujuan menafikan hak rakyat untuk mendapatkan maklumat yang sepatutnya tetapi tindakan mendedahkan Kertas Kabinet di internet merupakan alasan yang tidak boleh diterima. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan