Polis Indonesia sahkan DNA padan dengan Noordin

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Polis Indonesia hari ini mengumumkan ujian DNA yang dijalankan mengesahkan bahawa pengganas paling dikehendaki yang ditembak mati di Solo, Jawa Tengah dua hari lepas adalah Noordin Mohd Top.

Ketua Bahagian Penerangan Polis Indonesia Nanan Soekarna berkata semua ujian lain yang telah dilakukan terhadap jenazah Noordin di Hospital Polis Kramat Jati di sini juga positif menunjukkan jenazah itu adalah Noordin.

"Semuanya 100 peratus sepadan. Dari ujian cap jari dan hasil ujian DNA semuanya membenarkan jenazah itu Noordin," katanya seperti dipetik detikcom pada Sabtu.

Ketua Polis Indonesia Jen Bambang Hendarso Danuri sebelum ini telah memberikan pengesahan kepada media massa bahawa lelaki yang mati ditembak bersama tiga pengganas lain itu ialah Noordin, namun beliau tetap meminta unit forensik polis menjalankan ujian pengesahan DNA.

Laporan itu menyebut bahawa keluarga Noordin di Johor, Malaysia juga sudah diberitahu mengenai hasil ujian DNA itu. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan