PM seru rakyat perkukuhkan muhibah dan hapuskan prasangka

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia memperkukuhkan semangat muhibah dan memecahkan benteng-benteng prasangka demi masa depan generasi muda.

"Marilah kita memanfaatkan hari perayaan sebegini untuk memulihkan dan memperbaiki hubungan yang telah dingin dan retak sesama kita umat Islam dan juga sesama kita rakyat Malaysia," katanya dalam perutusan Aidilfitri.

Beliau mengajak rakyat memperbaiki jambatan yang sedia ada dan membina rangkaian jambatan-jambatan persefahaman yang baru.

"Pecahkan benteng-benteng prasangka, kebencian dan ketidakpedulian yang ada demi masa depan lebih baik untuk anak-anak kita," kata Perdana Menteri.

Umat Islam Malaysia harus menjadi pembawa obor perpaduan dan kemajuan, dan selaku kaum majoriti di negara ini, mereka bukan sahaja mempunyai hak tetapi yang lebih penting, mereka mempunyai tanggungjawab untuk digalas, katanya.

Najib juga menggalakkan tradisi rumah terbuka diteruskan bukan sahaja untuk membuka pintu rumah tetapi juga "pintu hati" kepada semua termasuk mereka yang bukan beragama Islam.

"Konsep rumah terbuka yang diamalkan selama ini menjadi manifestasi tuntas kepda gagasan 1Malaysia. Teruskan tradisi yang mulia ini kerana kita semua adalah sebuah keluarga besar. Keluarga 1Malaysia," tegas Perdana Menteri.

Beliau berkata umat Islam di negara ini mempunyai banyak sebab untuk bersyukur kerana dapat hidup dalam sebuah negara yang merdeka dan diberkati keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan dalam suasana majoriti umat Islam di seluruh dunia hidup tertekan baik dalam politik, ekonomi atau peperangan.

Keadaan ini bukan terjelma secara sendiri tetapi "hasil pengorbanan darah, keringat dan air mata bapa-bapa kita ", pejuang kemerdekaan dan pasukan keselamatan negara, kata beliau.

Najib berkata walaupun sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan kepelbagaian, Malaysia telah berjaya menguruskannya menjadi pemangkin kepada kesatuan dan kemajuan.

"Sayangnya, ada pedagang dan penjaja kebencian yang cuba menafikan hakikat ini. Mereka cuba menanam ajaran tidak bersyukur dalam benak rakyat dalam usaha mencapai matlamat sempit ini.

"Mereka mendakwa bahawa semua kerajaan di dunia adalah sama baik, bahawa kemakmuran, keselamatan dan kemajuan boleh dicapai tanpa perancangan, usaha gigih dan pemantauan yang rapi," katanya.

Perdana Menteri bertanya jika dakwaan mereka itu benar, mengapa wujud perbezaan di antara negara yang maju dan mundur dan masih ada kebuluran dan berlakunya pembunuhan atas nama etnik. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan