Persembahan kek raya di Istana Negara

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menerima persembahan kek dan kuih muih sempena sambutan Aidilfitri daripada 19 hotel terkemuka di Istana Negara di sini.

Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Persembahan kek itu merupakan acara tahunan setiap kali sambutan Aidilfitri.

Antara hotel yang membuat persembahan ialah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur dan Hotel Berjaya Times Square.

Selepas majlis itu, Seri Paduka berdua meluang masa hampir sejam menyampaikan duit raya dan cenderahati kepada 185 staf Istana Negara. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan