MCA ubah hukuman ke atas Soi Lek, kini digantung 4 tahun

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pusat (CC) MCA hari ini mengubah keputusan Majlis Presiden pada 26 Ogos lalu untuk memecat Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dari parti itu.

Sebaliknya, CC menggantung keahlian Dr. Chua selama empat tahun berkuat kuasa serta merta.

Kenyataan berhubung keputusan CC itu dibacakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Dr. Chua tidak merayu terhadap keputusan Majlis Presiden yang diputuskan bulan lalu.

"Jawatankuasa Pusat selepas pertimbangan sewajarnya memutuskan untuk mengurangkan hukuman yang disyorkan oleh Lembaga Disiplin dan yang diperakui Majlis Presiden. Dengan itu, mencapai keputusan untuk menggantung keahlian dan jawatan beliau dalam parti," kata kenyataan itu.

"Dalam berurusan dengan apa jua tindakan disiplin, sama ada yang dirayu ataupun tidak, CC mempunyai kuasa untuk mengkaji semula keputusan Majlis Presiden dan membuat keputusan akhir berhubung soal-soal yang berkaitan dengan perlembagaan parti," kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu menambah, pernah wujud situasi di mana keputusan-keputusan Majlis Presiden telah dikaji oleh CC.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan