Kementerian cadang kurangkan yuran pengambilan pembantu rumah Indonesia

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Kementerian Sumber Manusia bercadang untuk mengurangkan yuran pengambilan pembantu rumah Indonesia yang disifatkan oleh sesetengah majikan negara ini sebagai terlalu tinggi dan membebankan, kata menterinya Datuk S.Subramaniam hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah pengurangan yuran yang dicadangkan oleh kementeriannya, selagi perkara mengenainya belum dibincang dengan rakan sejawatan mereka di Indonesia.

"Kita akan berunding dengan pihak Indonesia tentang cadangan untuk mengurangkan yuran pengambilan pembantu rumah daripada negara terbabit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya 2009 di sini.

Beliau berkata kementeriannya akan mengemukakan cadangan pengurangan yuran pengambilan pembantu rumah Indonesia itu ketika rundingan bersama keduadua negara bulan depan atau bulan berikutnya.

Terdapat majikan di negara ini yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tinggi di antara RM6,000 hingga RM7,000 untuk membayar yuran bagi mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah warga Indonesia.

Mengenai cadangan supaya gaji minimum pembantu rumah Indonesia dinaikkan sehingga RM800 sebulan, Subramaniam berkata, cadangan tersebut tidak pernah disuarakan secara rasmi oleh pihak berkuasa negara terbabit.

"Ia tidak pernah disuarakan secara rasmi oleh pihak berkuasa Indonesia. Cadangan terbabit hanya datang daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan negara itu," katanya.

Menurutnya Kementerian Sumber Manusia akan hanya menangani isu gaji minimum pembantu rumah Indonesia itu jika ia dikemukakan secara rasmi oleh pihak berkuasa negara itu.

Sementara itu, Subramaniam berkata kementeriannya bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Perladangan dan Komoditi telah mengadakan dialog dengan persatuan majikan pelbagai industri barubaru ini.

Katanya Persatuan majikan terbabit memaklumkan kesukaran mereka untuk mendapatkan pekerja tempatan ketika syarikatsyarikat sedang berhadapan dengan peningkatan pesanan daripada pelanggan berikutan pemulihan ekonomi antarabangsa ketika ini.

Kerajaan katanya, mahukan syarikat terlibat mementingkan pekerja tempatan untuk mengelak kebanjiran tenaga pekerja asing di negara ini, tetapi pada masa yang sama tidak mahu menjejaskan operasi syarikat. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan