Tuntut faedah jutaan ringgit: PKA saman Kuala Dimensi

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA), Datuk Lee Hwa Beng memfailkan kes terhadap pemaju utama projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) mempertikaikan kiraan faedah yang dipercayai boleh mencecah hampir RM720 juta.

Kes difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Lee berkata, PKA mempertikaikan faedah yang dikenakan dalam soal berkaitan dengan pembelian tanah PKFZ dan juga kesilapan kiraan jumlah faedah.

Jumlah kadar faedah dikenakan boleh mencecah RM720 juta, kata beliau dalam laman web PKFZ hari ini.

Justeru, PKA menuntut agar satu deklarasi dibuat bagi menyatakan faedah yang dikenakan ke atas urusan balik bayaran bagi pembelian tanah adalah silap.

KDSB telah menjual tanah itu kepada PKA dengan harga RM1.088 bilion.

Baki bayaran pembelian dijelaskan oleh PKA pada kadar pembayaran tertangguh.

"Penilaian khas bayaran RM25 kaki persegi dikenakan dengan mengambil kira elemen kadar faedah.

"Kadar faedah yang tidak seharusnya dicaj secara berasingan dan/atau sebagai tambahan dikatakan RM25 kaki persegi.

"Oleh itu, PKA, memohon pembetulan pengiraan jadual pembayaran baki bayaran pembelian untuk memasukkan faedah dan bayaran balik KDSB kadar faedah yang telah pun dibuat oleh PKA setakat ini," katanya.

Tambah beliau, PKA juga menuntut bahawa meskipun kadar faedah dibenarkan oleh mahkamah kelak, tetapi ia dianggap disilap kira, yang memerlukan pembetulan jadual pembayaran baki pembayaran pembelian.

PKA juga akan memfailkan kes lain berkaitan dengan penipuan dan/atau salah guna dan /atau tuntutan-tuntutan tidak betul selain membuat aduan rasmi terhadap pelbagai badan profesional tentang perbuatan konflik kepentingan dan abaian profesional pakar-pakar runding yang terlibat, katanya.

"Tindakan perundangan diambil hari ini dan hari-hari akan datang diluluskan oleh Lembaga PKA yang bermesyuarat pada 18 Ogos," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan