Syarikat konsesi digalak ikut jejak Kumpulan MTD bagi tol percuma

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat konsesi lebuh raya perlu mengikuti langkah Kumpulan MTD untuk memberi tol percuma kepada pengguna lebuh raya kerana ini akan membantu mengurangkan beban pengguna dan melancarkan perjalanan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Terserah kepada syarikat konsesi, mereka boleh ikut langkah MTD...belum terlewat lagi. Saya tidak tahu mungkin mereka sedang bincang agaknya.

"Kalau lain-lain syarikat konsesi yang ada di negara kita mengambil langkah yang sama, tentu bukan sahaja dapat kurangkan belanja tetapi kita semua akan dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan tidak terperangkap dalam kesesakan yang biasanya mengambil masa yang lama," katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan upacara menandatangani dua perjanjian -- usaha sama antara UEM Land Holdings Bhd dan Malaysian Biotech Corporation Sdn Bhd, dan antara Holista-Colltech dan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) -- di sini pada Khamsi.

Selasa lepas, Kumpulan MTD mengumumkan bahawa pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak akan menikmati laluan tol percuma antara tengah malam dan 5 pagi pada 18 Sept dan 24 Sept ini.

Muhyiddin berkata langkah Kumpulan MTD yang memberikan tol percuma itu adalah pertama kali dilakukan di negara ini dan ia amat menarik serta baik kerana dilihat sebagai penghargaan kepada pengguna yang selama ini setia menggunakan lebuh raya itu untuk pulang ke kampung.

Mengenai persiapan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Okt ini, Muhyiddin berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan esok di ibu negara.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor dari Barisan Nasional pada 4 Sept lepas akibat jangkitan dalam darah. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan