Program 'Remaja Perkasa Negara' diwujudkan tangani masalah mat rempit - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Program Remaja Perkasa Negara bakal diwujudkan bagi menempatkan remaja yang terlibat dengan masalah sosial seperti kegiatan lumba motosikal haram atau "Mat Rempit" menjalani pemulihan, kata Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Perdana Menteri berkata program itu dilaksanakan di bawah Program Permata Negara dijangka bermula pada Januari tahun depan dan akan menempatkan remaja berisiko tinggi dalam masalah sosial yang berumur antara 18 hingga 25 tahun.

"Program itu bukan bertujuan untuk menghukum mereka tetapi untuk membolehkan mereka melalui proses pemulihan dan menambah kemampuan serta keyakinan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa mengenai Permata Negara di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung Permata Negara. Menerusi program itu juga akan diwujudkan Program Khidmat Sosial yang akan diselaraskan dengan pesalah remaja yang dikenakan hukuman di bawah undangundang Khidmat Sosial, katanya.

"Jadi, pesalah bukan sahaja dikehendaki membuat komuniti service (khidmat masyarakat) tetapi ada juga pemantauan dan mentoring serta aktiviti lain yang boleh memberikan mereka lebih banyak kesan yang lebih positif.

"Sebagai permulaan projek perintis itu akan melibatkan 50 remaja yang melakukan kesalahan berulang kali dan mahkamah boleh mengeluarkan perintah untuk mereka mengikuti program itu," katanya.

Najib berkata sekiranya pesalah Mat Rempit ini ditempatkan di penjara akan mendedahkan mereka kepada pengaruh penjenayah tegar dan akan menjadikan mereka bakal penjenayah yang lebih berat.

Katanya, sebagai permulaan mereka akan menjalani program intervensi ala kem selama dua minggu hingga enam bulan untuk menjalani proses pemulihan bagi menambah kemampuan mereka daripada segi kepimpinan dan jati diri.

"Tetapi program itu tidak melibatkan mereka yang terlibat dengan gejala dadah," katanya. Sementara itu, mesyuarat hari ini bersetuju untuk mewujudkan Pusat Permata Pintar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menempatkan mereka yang berkebolehan tinggi dan luar biasa dan ia dijangka mula beroperasi pada 2011.

Sebagai permulaan seramai 405 pelajar sudah dipilih menyertai kem perkhemahan cuti sekolah sesi yang pertama.

Mesyuarat turut membincangkan mengenai program Permata Seni dengan 33 orang akan dipilih untuk menyertai kumpulan koir bagi mengembangkan kebolehan mereka ke peringkat antarabangsa.

Program Permata Insan pula akan mengenal pasti sekumpulan pelajar agama rendah yang berkemahiran, berumur antara sembilan hingga 12 tahun untuk dididik menjadi bakal profesional di samping mempunyai pengetahuan agama yang mendalam. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan