PM tahu pelan persaraan saya - Samy Vellu

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu hari ini berkata beliau telah membincangkan pelan persaraannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jun lepas dan akan tetap berpegang kepada pelan itu.

"Saya telah berbincang secara terus terang dengan Perdana Menteri ketika saya menemuinya di Sarawak di mana saya memberitahunya mengenai pelan (persaraan) saya.

"Saya akan berpegang kepada apa yang saya katakan kepada Perdana Menteri dan saya tidak akan mengubahnya (pelan saya)," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata Najib tahu mengenai rancangan persaraannya tetapi beliau enggan mengulas lanjut, sambil menyatakan ia adalah antara beliau dan pengerusi Barisan Nasional (BN).

Mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau adalah liabiliti kepada BN, Samy Vellu berkata Dr Mahathir bebas menyuarakan pendapatnya.

"Saya tidak terluka dengan komennya dan hormat saya terhadap beliau tidak akan berkurang," katanya.

Bagaimanapun, Samy Vellu berkata beliau sedih apabila baru sekarang Dr Mahathir melabelkannya sebagai liabiliti "tetapi ketika BN menang (pada pilihan raya umum), saya dianggap satu aset".

"Saya tidak terkejut langsung dengan komennya tetapi saya fikir beliau enggan faham bahawa kekalahan BN (di banyak kerusi) pada pilihan raya umum lepas bukan kerana saya.

"Seorang (ahli politik) yang berpengalaman seperti beliau perlu memahaminya," kata Samy Vellu.

Samy Vellu menganggap komen Dr Mahathir ibarat "memberitahu seorang isteri yang masih muda bahawa dia cantik dan satu aset, tetapi apabila tua, dia dilabel sebagai liabiliti".

Dr Mahathir, dalam satu temubual dengan Bernama semalam, berkata Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada BN pada pilihan raya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal dan beliau perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggunjawab terhadap kegagalan parti itu pada pilihan raya umum lepas. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan