Kabinet lulus sistem baucar beras ST15 untuk golongan miskin - Noh

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJUNG KARANG: Kabinet telah meluluskan pelaksanaan pemberian subsidi beras Standard Tempatan dengan 15 peratus beras hancur (ST15) kepada golongan miskin dan miskin tegar melalui sistem baucar, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar.

"Mesyuarat Kabinet lepas, kabinet setuju untuk memperkenalkan sistem baucar untuk (orang miskin) beli beras ST15 tetapi Kabinet minta kementerian mengkaji dengan lebih mendalam cara nak sampaikan bantuan ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kuih raya dan wang tunai kepada pesakit-pesakit di wad Hospital Tanjung Karang di sini pada Jumaat.

Buat masa ini, katanya kerajaan membelanjakan RM60 juta sebulan sebagai subsidi bagi beras ST15 yang diberikan kepada 135 pengilang untuk mereka mengeluarkan beras gred iitu supaya mampu dibeli oleh mereka yang kurang berkemampuan.

Bagaimanapun, Noh berkata maklumat yang diterimanya ialah beras ST15 yang disubsidi kerajaan tidak banyak di pasaran dan mengakibatkan tidak ramai golongan yang kurang kemampuan dapat membeli beras yang dijual dengan harga RM18 bagi setiap pek 10kg.

Ketika ditanya kenapa keadaan itu berlaku, beliau berkata ada di antara pemborong yang menerima beras ST15 telah membungkus semula beras ST15 itu dan menjualkannya di pasaran sebagai beras Standard Malaysia dengan peratusan beras hancur 10 peratus yang dijual pada harga RM24 bagi setiap pek 10kg kerana ia lebih menguntungkan.

Beliau berkata ada juga pemborong atau pengilang sendiri yang membuat bihun daripada beras ST15 kerana ia adalah jauh lebih murah daripada harga beras hancur di pasaran sekarang.

Noh berkata diharapkan dengan pengenalan baucar itu nanti, kerajaan hanya perlu memperuntukkan RM10 juta sebulan dalam bentuk subsidi beras ST15 dan dengan itu kerajaan dapat menjimatkan RM50 juta sebulan daripada subsidi ST15.

"Ini juga dapat memastikan subsidi kerajaan menepati sasaran kerana pada masa ini beras ST15 dijual dengan cara terbuka dan boleh dibeli bukan sahaja mereka yang berkemampuan malah warga asing yang tinggal di sini," katanya.

Noh berkata kementeriannya akan mengambil masa dua bulan bagi melakukan kajian mendalam cara penyampaian sistem baucar itu dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan menepati sasaran dengan projek perintis akan dilaksanakan pada November ini.

Katanya pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah diminta mengemas kini senarai mereka yang tergolong dalam kumpulan miskin dan miskin tegar d kawasan masing-masing bagi memastikan tidak ada di antara mereka tercicir daripada menikmati bantuan itu.

Noh berkata, menurut senarai yang ada pada beliau setakat ini, terdapat 200,000 keluarga yang tergolong dalam kumpulan miskin dan miskin tegar di seluruh negara.

Beliau berkata jika semuanya berjalan lancar, sistem baucar itu mungkin boleh dilaksanakan pada penghujung tahun ini. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan