Tujuh lelaki menyamar polis untuk menyamun ditahan

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Tujuh lelaki yang melakukan 21 kes samun jalanan di sekitar bandar raya ini dengan menyamar sebagai pegawai polis berjaya ditahan selepas polis menyerbu dua buah rumah di Kampung Melayu Pandan dan Taman Bukit Mutiara di sini semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua mereka yang melakukan jenayah itu dalam tempoh empat hari sejak Ahad lepas, ditahan tengah hari semalam selepas polis menubuhkan satu pasukan khas.

"Dalam serbuan pertama di Kampung Melayu Pandan itu, polis menahan empat lelaki berumur 18 hingga 28 tahun manakala dalam serbuan kedua di sebuah rumah flet di Taman Bukit Mutiara, polis menahan tiga lagi lelaki berumur 23 hingga 26 tahun," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Mohd Mokhtar berkata pemeriksaan di kedua-dua rumah menemui sepasang pakaian seragam lengkap pegawai kanan polis, vest, jaket hitam berlambang Polis Tentera Diraja, kad kuasa polis dan peralatan menyamun termasuk kapak, pisau, parang serta beberapa senjata berbahaya.

Beliau berkata polis turut menemui beberapa keping kad pengenalan orang awam, kad kredit, kad bank, lesen memandu orang awam, 18 telefon bimbit, tiga jam tangan, empat buah kereta dan sebuah motosikal yang dipercayai hasil samun kumpulan itu.

Katanya siasatan mendapati kumpulan itu mendapat pakaian seragam polis itu selepas memecahkan kenderaan seorang pegawai kanan polis, pada Ahad lepas.

"Kumpulan itu melakukan kegiatan tersebut mulai pukul 5.30 pagi hingga 10.30 pagi dengan menahan mangsa dan berpura-pura menjalankan pemeriksaan sebelum menyamun. Mereka kemudian melarikan kenderaan mangsa untuk digunakan dalam kegiatan samun berikutnya," katanya.

Mohd Mokhtar berkata kumpulan itu turut mencederakan enam mangsa dan siasatan mendapati salah seorang anggota kumpulan itu adalah bekas tahanan di Penjara Simpang Renggam, Kluang, atas kesalahan melakukan samun dan ragut di sekitar bandar raya ini, tiga tahun lepas.

Katanya ketujuhtujuh lelaki itu kini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan polis kini berusaha mengesan tiga lagi anggota kumpulan itu yang masih bebas. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan