Tiada alasan ADUN BN tentang saya - MB Terengganu

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata kemelut politik di negeri itu disebabkan campur tangan pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata sebenarnya tiada alasan bagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di Terengganu menentang kepimpinannya.

"Sebenarnya semua wakil rakyat BN di Terengganu, anak buah saya. Kalau saya yang paling junior, munasabah orang tak puas hati, tetapi di kalangan 28 Adun BN di Terengganu, saya paling senior.

"Lagipun saya pernah memegang beberapa jawatan penting seperti Ketua Pemuda negeri, Exco Pemuda Umno dan exco kerajaan negeri selama dua penggal. Malah, saya lebih dulu bertanding dalam pilihan raya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini semalam.

Mengenai pertemuan enam ADUN Terengganu dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Putrajaya semalam, Ahmad berkata mereka telah menemui beliau terlebih dahulu sebelum perjumpaan itu dibuat. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan